Alhamdulillah..akhirnya digerakkan jua hati ini oleh Allah swt untuk berikhtiar. Bukan sebelum ni ana tak mahu berikhtiar, cuma ana belum dapat kekuatan dan petunjuk ke arah itu.
Hebatnya perancangan dan kuasa Allah swt pencipta segala makhluk dan alam ini.
Sebuah reunion dengan sahabat ana dari x-company berlanjutan pula kepada lawatan ke rumah perawat di area Skudai Kiri.
Subhanallah, memang ana akui perawat tersebut diberikan kelebiha oleh Allah swt yang tidak ada pada dr. Tanpa set mesin canggih atau alat bantuan yang lain, dalam masa 5 minit beliau dapat mengesan masalah ana yang sebenar dngan izin Allah. Tergamam sekejap ana apabila beliau menyatakan apa yang ana penah dengar dari mulut seorang doktor pakar di PCMC kira kira 2 tahun lepas. Bezanya beliau cuma guna daun sehelai daun sirih yang harganya tak sampai rm1, manakala dr pakar tu pakai mesin2 canggih dan mengambil masa yang lebih lama. Itulah hebatnya kuasa Allah swt.
Insyallah masih ada sinar harapan buat kami berdua. Ana redha terima ujian dari Allah swt ini dan berharap ada kemanisan di penghujungnya. Walau bukan di dunia, di akhirat insyaAllah ada.
Insyallah ana bakal menempuh rawatan selama sebulan untuk stabilkan hormon ana sebelum next appoinment dengan perawat tersebut. Ana terima apa yang Allah pilihkan buat ana kerana sesungguhnya pilihan Allah adalah yang terbaik, insyaAllah..